Meta Tag

>> 29.12.08

Bertemu lagi.

Kita sudah bincang secara ringkas berkenaan dengan kata kunci. Kali ini saya akan sentuh berkenaan dengan meta tag pula. Sejauh manakah manipulasi ke atas meta tag ini mampu untuk menaikkan ranking kita dalam hasil enjin carian? Selain menggunakan keyword berkali-kali dalam sesuatu artikel, taktik menggunakan meta tag ini juga salah satu kaedah yang saya selalu dengar diperkatakan orang. Jadi saya pun buatlah penyelidikan sedikit mengenai perkara ini.

Apa itu meta tag? Saya tak mahu buang masa anda, buat apa saya suruh. Pergi ke blogger dashboard anda, klik layout dan seterusnya klik edit HTML. Anda akan bertemu dengan muka surat yang mengandungi kod-kod HTML. Hehe, anda pandai membaca kod-kod ini? Dahulu kala, jika hendak mendirikan laman web perlu ada kemahiran HTML ini. Sekarang tidak perlu, guna Microsoft Word pun boleh buat laman web dan ada software seperti Frontpage, Dreamweaver dan lain-lain. Tapikan, guna template blog lagi cepat. Tidak perlu susah-susah, kecuali anda serius mahu ada laman sendiri untuk perniagaan anda. Cuma sekarang ini apa perlu dibuat supaya orang tahu laman kita ini wujud? Satu kaedah ialah mendapat ranking tinggi dalam hasil carian.

Baiklah, di mana meta tag itu? Ianya terletak selepas tag title dan tag deskripsi di antara tag [HEAD] dan tag [/HEAD] . Contohnya, [HEAD][TITLE]your DESCRIPTIVE KEYWORDS title goes here[/TITLE][META NAME="DESCRIPTION" CONTENT="Your keyword rich marketing sales-pitch meta description goes here"][META NAME="KEYWORDS" CONTENT="your keywords,go here,separated by a comma,but not a space"][/HEAD]

Amacam? Mudah saja kan? Kalau tak jumpa kenalah scroll page yang penuh dengan kod-kod itu. Kalau tidak pun anda boleh anda cuba skill si Cherry. Menurut Cherry, anda kena cari skrip ini... [b:include data='blog' name='all-head-content'/]. Kemudian selepas skrip itu anda taipkan ini, [meta content='TAIP DESCRIPTION BLOG KO SINI.. TIDAK BULI SAMA DENGAN KEYWORDS' name='description'/][meta content='TAIP KEYWORDS KO SINI TIDAK BULI SAMA DENGAN DESCRIPTION' name='keywords'/][meta content='NAMA KO LA AUTHOR' name='author'/] .

Nah... mungkin anda mula tidak senang dengan kod-kod ini dan segan untuk mengubah-ubahnya, takut spoil pula yang sudah dibuat tu kan. Jadi mungkin anda tidak mahu ikut taktik ini. Hehe, sebenarnya kalau tidak buat pun tidak apa kerana daripada research yang sudah saya buat itu (kunun la), menunjukkan bahawa pengaruh meta tag ke atas ranking sudah tidak begitu berkesan lagi. Kenapa?

Pernahkah anda klik sesuatu link katalah pasal ternakan lintah, sekali klik website pornografi lah pulak! Atau kononnya mahu klik link yang ada pornografi tapi sekali buka pasal politik. Haa... ini lah contohnya kerja spammers. Mereka memanipulasikan meta tag tersebut. Katalah, spammer ini seorang kaki politik. Dan dia mahukan ramai pengunjung ke blognya, jadi dia letakkan banyak keyword berkaitan sex dalam meta tag dia, kerana dia tahu banyak orang yang surf internet cari web pasal sex. Jadi orang-orang ini jadi mangsa si spammer itu tadi. Bila orang itu tadi taip sesuatu yang ada keyword pasal sex dalam enjin carian, hasilnya blog si kaki politik itu akan tersenarai di muka depan. Seterusnya peluang untuk blognya ini diklik agak cerah. Bila orang itu tadi klik, keluar pasal politik. Hehehe...

Nah... memandangkan banyak berlaku salah guna meta tag ini, maka pakar-pakar telah mengubah program enjin carian mereka supaya tidak lagi bergantung kepada meta tag sebaliknya melihat kepada kandungan post yang sebenar. Meta tag bukan lagi yang utama. Maknanya jangan risau sangatlah kalau anda tidak faham pasal meta tag itu. Kalau sepuluh tahun lepas memanglah meta tag ini kuat kesannya ke atas ranking kita. Sekarang... bye bye gaman. Tetapi... sekiranya si kaki politik tadi meletakkan keyword berhubung dengan politik juga dalam meta tag itu, maka peluang untuk lamannya mendapat ranking yang tinggi pula semakin baik, sebab meta tagnya ada kaitan dengan kandungan sebenar post dia. Boleh faham?

Bah... setakat ini saja dulu cerita kita kali ini ya. Rajin-rajin lah kaji sendiri kalau mahu mendalaminya dengan lebih lanjut. Jumpa lagi.

p/s: Semua tanda "[" dan "]" di atas sebenarnya ialah "<" dan ">". Tetapi ditaip seperti di atas untuk elak konflik tagging. Nda dapat dipost bah kalau tidak diubah.








16 comments:

kyro December 29, 2008 at 8:19 PM  

saya pernah taip di google search engine perkataan gaharu,macam2 keluar dari yang betul2 gaharu sampai lah yang bikin kita tergaru-garu.adeeesss.....

Om Yus December 29, 2008 at 8:45 PM  

hahahha... napa tdk cuba type menggaru? mana tau keluar semua inanam telipok segala..

Cherry Sansita de Falconi December 30, 2008 at 6:31 PM  

salah satu cara senang untuk cari kod2 css atau html ltu ialah dengan tekan key ctrl F. kemudian taipkan apa yang anda cari misalnya anda mahu isikan meta tag selepas head anda taip saja /head... camtulah... secara automatik finder akan bantu anda cari line html yang ada script2 /head.. kadang2 script yang kita cari tidak dapat dijumpa, ini kerana anda ia tersembunyi jadi anda mesti tick expand widget di atas paparan script html ni dulu baruu boleh cari... selamat mencuba.. kalau tidak paham explanation saya apa buli buat sa tidak pandai explain pandai buat sendiri seja kwang3x..

Om Yus December 30, 2008 at 6:54 PM  

hahaha... ya makasih cherry. buruk tul explanation aku ni. kual kual sija.

Little Mike (LM) January 8, 2009 at 12:17 PM  

informatif.. saya nie jenis yg suka hack html, maka dengan pendedahan seperti ini, maka ada lagi la tambahan ilmu meng'hack' blog nie.. hehe

yus, mana satu ba blog yg aktif betul? banyak pula blog ko... hehe

Om Yus January 8, 2009 at 3:39 PM  

heheh... bahaya ko ni apula arr. ada ilmu menghack. jan ko hack sia punya ki... blog aiso-midnight tu tmpat sa release tension. blog ini, wellgifted, dunia-sms tu pok silap. Sa mau kasi aktif yg dunia-sms. itu yg ada untuk dari yg lain2

Little Mike (LM) January 9, 2009 at 2:23 AM  

inda juga pandai sya hack blog ko... inda pandai hack yg 'buruk' punya jenis. lagi pun pengertian hack sya ialah suka mengubah suai html dalam blog sendiri... bukan jenis yang kasi hack yang sampai kasi kacau bilau blog org..

hehe...

Anonymous January 9, 2009 at 1:44 PM  

sa pandai hack... sapa mo minta hack ** ketawa orang jahat ** muahaha...
tembirang jak sa...

Aiso January 9, 2009 at 6:54 PM  

kalu ko mau bungkar blog org, ko buli beguru sama si cheerry tu Little mike. Dia betul2 pandai tu.

Little Mike (LM) January 19, 2009 at 4:00 AM  

yus?

napa menyepi? marudubloggers tunggu2 ko sudah... :)

Little Mike (LM) January 19, 2009 at 4:00 AM  

cerry..

nanti sya beguru dengan ko... :)

Om Yus January 19, 2009 at 12:47 PM  

dalam seminggu ini banyak tul keraja sia kana bagi. mo buat analisa data wooo... beribu2 ni numbur dapan mata. cisss...

NONG January 26, 2009 at 9:52 PM  

Salam...
Long time no heard from u. Nunu tabar nu Aman?
Ba..SABAR nopo kie.Tak dapat saya bayangkan angka2 depan ko tu. Kalau macam saya ni yang lowong M3, naahh..mugupu e..

Cuba2 ka kasi modefite itu nombor jadi no ekor atau jackpot..hehee

Om Yus January 28, 2009 at 10:11 PM  

wuaaakakaka... kalau sa pandai modify tu numbur, lamaaa suda sa sendiri pau oooo. kakakak... lawak ba ko ni pula kan.

ruvist April 30, 2009 at 10:48 AM  

Ya meta tag bagi saya adalah penting.kerana robot search engine akan mencari dari kata kunci meta tag.

Anonymous January 2, 2023 at 2:20 PM  

台湾视讯聊天室破解 , 成人视频 , 裸聊美女视频 , 视频软件 , 真人裸聊聊天室 , 同城一夜我情聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城聊天室网站 , 情色视频 , 裸体视频

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP