Lawati blog orang lain
>> 21.12.08
Tahukah anda sebab utama orang melanggan internet? Sebabnya ialah untuk mencari informasi atau maklumat, selain untuk menhantar e-mail. Anda sendiri tentu pernah menggunakan search engine sama ada Yahoo Search, Google Search dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat.
Misalnya jika anda ingin diri anda kelihatan lebih menarik, langsing, awet muda dan segala yang berkaitan dengan kecantikan, mungkin anda akan menaipkan perkataan-perkataan seperti "produk kecantikan","teknik langsingkan badan", "petua awet muda" dan sebagainya ke dalam kotak carian. Setelah anda tekan butang search anda akan mendapat satu senarai laman-laman atau blog-blog yang berkaitan dengan maklumat yang anda cari.
Senang cerita beginilah, kalau saya taipkan "duit maya" ke dalam enjin carian Yahoo, saya akan nampak paparan seperti berikut:
Dalam paparan di atas, enjin carian Yahoo memberikan output sebanyak 160 000 tapak (site). Dan muka surat pertama hasil carian hanya menunjukkan 10 tapak sahaja. Tapak pertama dalam paparan ini ialah entayang.blogspot.com. Di mana kedudukan blog duit-maya ini? Saya jawab begini sajalah, kalau diperiksa sehingga muka surat ke 10 pun, blog ini belum masuk senarai? Pertanyaan saya, apakah akan anda melayari semua output carian sehingga sebanyak atau sejauh itu? Saya meraguinya jika anda katakan ya. Dan jangan lupa, tidak semestinya orang yang ingin mencari maklumat mengenai teknik mencari duit secara online itu akan menaip perkataan duit maya. Mungkin mereka akan menaip perkataan seperi "duit menerusi blog" dan macam-macam lagi. Anda sendiri boleh memikirkan satu contoh perkataan itu. Di sini saya memang mahu tunjukkan kepada anda bertapa susahnya mendapat ranking dalam output enjin carian walhal saya sudah menggunakan perkataan duit maya dengan sengaja. Ingat awal-awal lagi saya sudah katakan bukan mudah. Kena berusaha.
Salah satu sebab utama kenapa blog ini tidak tersenarai ialah kerana semasa artikel ini ditulis blog ini baru berusia 4-5 hari, umpama bayi yang baru lahir. Dan post ini pun baru yang keempat. Pelawat pun belum cukup ramai. Jadi sama-sama kita lihat apakah akan berlaku jika saya aplikasikan semua tips-tips yang saya baca dari buku-buku ke dalam blog ini. Maknanya anda berpeluang untuk belajar bersama saya secara praktikal, dengan bukti sahih di depan mata. Anda hanya perlu mengikuti sejarah blog ini seterusnya. :)
Bayi yang baru lahir tidak keluar rumah sebab belum pandai berjalan. Bila sudah dewasa dan banyak melawat tempat orang maka dia akan ada ramai kenalan di serata tempat. Maknanya dia mempunyai rangkaian teman yang luas. Begitu juga dengan blog, kita perlu aktif mencari kenalan dan pembaca. Perlu aktif! Jangan duduk tunggu pembaca datang. Sekali lagi, promosikan blog anda. Salah satu cara yang saya buat ialah dengan register di www.mybloglog.com. Di sini saya melihat profile orang-orang yang telah mendaftar. Baca blog mereka dan tinggalkan komen ikhlas. Lawatilah blog-blog yang ada widget recent reader pada blog mereka. Akibatnya peluang anda akan dilawati lebih cerah sebab gambar anda akan dimasukkan ke dalam widget itu walaupun anda sudah meninggalkan blog tersebut. Seterusnya pemilik blog berkenaan ingin tahu siapa anda sebenarnya. Begitu juga dengan pembaca-pembaca lain blog itu. Jadi letakkan gambar anda yang menarik supaya mendapat klik berharga. Ada sesetengah orang yang tidak sabar, meletakkan gambar yang tidak senonoh untuk menarik perhatian. Saya tidak suka cara ini dan tidak mencadangkan anda berbuat demikian.
Ok, itu dahulu tips kali ini, Dalam post seterusnya saya akan kongsi lagi teknik yang lain untuk mendapat pelawat dan meningkatkan kedudukan blog anda dalam senarai enjin carian. Sabar menanti. Sebelum saya berhenti, sekali lagi saya ulang, bertindak aktif mencari pembaca blog anda. Jangan malu, the intention is to generate virtual money thru blogging!!!. Bila pembaca dah ramai, peluang tersenarai awal dalam enjin carian semakin baik. Makin ramai pelawat makin cerah mendapat pelanggan.
Sekian, jumpa lagi.
3 comments:
aik... yg ini dapat la meng.
Tip yang bagus. Tapi saya secara peribadi,tidak mengharap sangat.
Awalnya saya tak tahu pun fungsi widget mybloglog tu. Tgk orag ada saya pun masukkannya.
Hasilnya memuaskan hati :)
Salam kenal sdr Yus
Salam water lily. terimakasih mahu datang ke blog ini. Yang penting anda gembira. saya tulis saja, tapi rasanya awak lebih mahir hehe.
Post a Comment