Kata Kunci
>> 26.12.08
Ada pergi beraya Krismas di mana2? Hm, kali ini saya nak sambung cerita kita pasal mendapatkan kedudukan yang baik dalam keputusan enjin carian tu. Saya sudah sentuh mengenai kepentingan membuat penyelidikan untuk menentukan kata kunci yang sesuai untuk sesuatu artikel kita.
Saya sudah cerita sikit bahawa enjin pencari akan melihat kepada kata-kata kunci ini. Post terakhir saya dalam Bahasa Inggeris (yang lintang pukang itu) bertajuk Search Engine Optimization. Sebenarnya saya dengan sengaja mengulang-ulang beberapa kata kunci dalam artikel itu iaitu search engine, keyword, dan ranking. Kemudian saya cuba taipkan semua kata kunci ini dalam enjian pencari Google seperti berikut, search engine+keyword+ranking dan tekan butang search. Hasilnya dalam muka surat pertama tiada pun blog ini disenaraikan. Hehehe... Apabila saya taipkan search engine+keyword+ranking+duit keputusannya seperti dalam paparan.
Anda boleh lihat sendiri blog ini tersenarai pada tangga ke 3 dalam halaman pertama. Sebabnya ada perkataan duit. Laman lain dalam Bahasa Inggeris dan tiada perkataan duit di dalamnya. Hahaha... masalahnya apakah orang yang hendak mencari maklumat itu akan mencampur aduk keyword dalam berbagai bahasa. Biasanya tidak. Semasa perkataan duit itu tidak dimasukkan dalam enjin carian, peluang blog ini tersenarai di muka depan sangat tipis kerana masih banyak teknik SEO belum diaplikasi. Terdapat beribu-ribu laman yang kandungannya lebih besar dan mengandungi kata kunci ini dengan lebih banyak. (Ini semua tekaan saya saja ok, eksperimen sendiri saja) Jadi laman-laman ini mendapat keutamaan enjin carian. Satu hal lagi blog ini tidak mempunyai pautan (link) dengan laman-laman penting yang berkaitan dengan kata kunci itu tadi. Semakin banyak pautan laman kita dengan laman-laman yang tinggi rankingnya maka peluang blog ini mendapat ranking tinggi juga semakin bertambah baik.
Anda sendiri tahu blog ini baru seminggu wujud, sudah tentu kandungannya belum cukup besar, dan pautan dengan mana-mana laman-laman lain masih sedikit. Contoh pautan yang ada dalam blog ini ialah dengan laman AdikBijak.com. Anda boleh lihat pada bahagian Books For Sale atau Ingin Bisnes Online kemudian klik yang berkenaan. Selain bergantung kepada kata kunci, enjin carian juga sangat terpengaruh dengan pautan-pautan ini. Umpamanya bila kita mencari seseorang yang kita tidak kenal sudah tentu kita hanya menemuinya melalui maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang yang mengenali orang yang kita cari itu. Nah, konsep pautan seperti itu juga lah.
Untuk peringkat awal, satu perkara yang boleh diusahakan ialah dengan pergi ke Blogger Dashboard anda, kemudian klik pada Webmaster Tools dalam bahagian Tools And Resources. Cuba pelajari pasal creating and submitting sitemaps. Ini salah satu cara yang saya jumpa la ni. Anda perlu baca semua tools dalam Google ni kalau mahu guna kekuatan fungsinya. Bah apa lagi, macam saya cakap sebelum ini, baca saja kalau tidak dibuat tidak mendatangkan kesan juga. Saya ulang, kaji Webmaster Tools itu. Saya tunjukkan jalan, anda melaluinya sendiri betul tak. Ok, mungkin ada yang lebih tahu, jadi sudi-sudikanlah kongsi itu ilmu dengan kami yang terkial-kial ini. Kalau silap fahaman saya ini jangan dibiarkan ya. Betulkan.
Setelah saya cuba buat apa yang disarankan oleh Google dalam panduan Webmaster Tools itu, saya pun taip duit maya ke dalam search engine Google. Keputusannya lihat sendiri...
Tertulis Result 1-10 of about 561 000 for duit maya (0.17 seconds). Hmm bukan saja blog ini berada di muka hadapan tetapi berada di tangga pertama.
Persoalan sekarang apakah orang yang ingin mencari maklumat mengenai duit melalui internet ini akan menggunakan duit maya? Hehehe... mungkin juga. Sebab itulah saya pilih nama ini untuk url saya. Memang ada kata kunci yang lebih popular seperti duit online, wang siber dan lain-lain. Tapi menurut kata hati saya, duit maya juga ada peluang tinggi untuk terlintas dalam fikiran orang. Lihat sendiri laman-laman yang berada pada kedudukan seterusnya di atas, semua mengandungi perkataan duit maya itu. Nah, itu baru enjin carian Google. Yahoo, dan MSN lain lagi resultnya. Mau kena bongkar juga ini dua lagi enjincarian. Palan-palan kan. Besok mau cek apakah masi di kedudukan nombor satu ni blog hehe. Atau turun saham.
Ok, setakat ini dahulu. Banyak cakap nanti ajaran sesat. Yang ini pun saya tidak yakin benar tidaknya. Tapi tidak salah mencuba kan? Selamat berblog.
0 comments:
Post a Comment