Cabaran buat duit online

>> 17.12.08

Apa kabar semua? Semoga sihat sejahtera.

Betul ka boleh menjana wang secara online terutamanya dari aktiviti blogging ni? Jawapannya boleh! Tapi jangan salah faham, memulakannya pun tidak mudah. Banyak syarat-syarat perlu dipenuhi, dan bukan semua jenis web dan blog boleh berjaya. Kajian menunjukkan ramai yang kecundang hehe.

Secara online kita boleh menjual produk fizikal kita. Kemudian pelanggan akan membuat tempahan dengan mengklik pautan (link) yang berkenaan, mengisi borang tempahan dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Setelah proses ini berlaku, tinggal saja si penjual produk itu menjaga kredibilitinya dengan mempastikan produknya benar-benar dihantar kepada pelanggan dan berada dalam keadaan baik.

Huh... bunyinya mudah tapi bukan senang sebenarnya. Sebelum memulakannya anda perlu ada produk, perlu ada website untuk mengiklankan produk, mendaftar akaun bank secara online kepada syarikat yang menguruskan transaksi wang, dan yang paling penting ada orang buka website kita. Dalam kata lain, ORANG TAHU WEBSITE KITA WUJUD.

Mungkin semangat anda sudah mulai merosot sedikit. Kenapa saya meneka demikian? Kebanyakan kita sebenarnya tidak mempunyai produk yang jelas untuk dijual, kemudian tidak tahu membina laman web. Jangan susah tentang membina laman web, kita boleh upah. Tapi apa produk anda? Jual benda-benda seperti ikan dan sayur mayur sudah pasti tidak sesuai.

Katalah anda memang mempunyai produk dan telah mempunyai laman web, apa lagi masalahnya? Promosikan laman web anda! Jika tidak, tiada siapa akan melayarinya kecuali anda seorang kerana hanya anda yang tahu laman web ini wujud. Maknanya kita harus mendapatkan seberapa banyak pelawat ke laman web kita dan menukarkan sebahagian pelawat ini kepada pelanggan. Untuk melaksanakan konsep pelawat menjadi pelanggan ini, ada beberapa teknik perlu anda ketahui.

Aktiviti blogging nampaknya semakin popular sekarang ini. Sehinggakan ada yang berjaya menggunakan blog sebagai saluran untuk mendapatkan wang samada secara sambilan sahaja atau sepenuh masa. Misalnya ada beberapa blog yang saya temui meletakkan gambar-gambar produk berserta harga dan kemudian cara untuk menghubungi blogger sekiranya ingin membuat tempahan. Lazimnya blogger meninggalkan nombor telefon dan e-mail mereka. Kaedah ini nampaknya lebih mensasarkan kepada pelanggan yang berada pada kawasan geografi yang kecil sahaja. Saya tidak akan membincang cara ini.

Secara kasar, idea setakat ini ialah seperti berikut:

(PRODUK)>(WEBSITE/BLOG)>(PELAWAT)>(PELANGGAN)

Dalam aliran di atas, bahagian yang kritikal ialah mendapatkan pelawat dan menukarkannya kepada pelanggan. Tidak kesahlah anda menggunakan laman web atau blog sama sahaja masalahnya. Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan pelawat yang ramai? Bagaimana menukarkan pelawat ini kepada pelanggan? Bagaimana jika saya tidak mempunyai produk untuk dijual? Kita sambung dalam post selepas ini. Terima kasih meluangkan masa membaca dan jika anda ada pandangan yang dapat membantu, harap anda dapat berkongsi dengan saya dan pembaca blog ini.

2 comments:

Kak Jayn December 18, 2008 at 1:53 AM  

Adakalanya saya sendiri lebih suka membeli produk secara online tetapi setakat ini yang di msia sajalah. Senang dan biasanya produk akan sampai dalam 2 hari gitu.

Om Yus December 18, 2008 at 2:34 AM  

hmm... tidak bercadang menjual produk anda secara online? maksud saya ada laman web sendiri dan proses pembayaran secara online? selamat maju jaya dlm perniagaan anda hehe.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP