Meta Tag
>> 29.12.08
Bertemu lagi.
Apa itu meta tag? Saya tak mahu buang masa anda, buat apa saya suruh. Pergi ke blogger dashboard anda, klik layout dan seterusnya klik edit HTML. Anda akan bertemu dengan muka surat yang mengandungi kod-kod HTML. Hehe, anda pandai membaca kod-kod ini? Dahulu kala, jika hendak mendirikan laman web perlu ada kemahiran HTML ini. Sekarang tidak perlu, guna Microsoft Word pun boleh buat laman web dan ada software seperti Frontpage, Dreamweaver dan lain-lain. Tapikan, guna template blog lagi cepat. Tidak perlu susah-susah, kecuali anda serius mahu ada laman sendiri untuk perniagaan anda. Cuma sekarang ini apa perlu dibuat supaya orang tahu laman kita ini wujud? Satu kaedah ialah mendapat ranking tinggi dalam hasil carian.
Baiklah, di mana meta tag itu? Ianya terletak selepas tag title dan tag deskripsi di antara tag [HEAD] dan tag [/HEAD] . Contohnya, [HEAD][TITLE]your DESCRIPTIVE KEYWORDS title goes here[/TITLE][META NAME="DESCRIPTION" CONTENT="Your keyword rich marketing sales-pitch meta description goes here"][META NAME="KEYWORDS" CONTENT="your keywords,go here,separated by a comma,but not a space"][/HEAD]
Amacam? Mudah saja kan? Kalau tak jumpa kenalah scroll page yang penuh dengan kod-kod itu. Kalau tidak pun anda boleh anda cuba skill si Cherry. Menurut Cherry, anda kena cari skrip ini... [b:include data='blog' name='all-head-content'/]. Kemudian selepas skrip itu anda taipkan ini, [meta content='TAIP DESCRIPTION BLOG KO SINI.. TIDAK BULI SAMA DENGAN KEYWORDS' name='description'/][meta content='TAIP KEYWORDS KO SINI TIDAK BULI SAMA DENGAN DESCRIPTION' name='keywords'/][meta content='NAMA KO LA AUTHOR' name='author'/] .
Nah... mungkin anda mula tidak senang dengan kod-kod ini dan segan untuk mengubah-ubahnya, takut spoil pula yang sudah dibuat tu kan. Jadi mungkin anda tidak mahu ikut taktik ini. Hehe, sebenarnya kalau tidak buat pun tidak apa kerana daripada research yang sudah saya buat itu (kunun la), menunjukkan bahawa pengaruh meta tag ke atas ranking sudah tidak begitu berkesan lagi. Kenapa?
Nah... memandangkan banyak berlaku salah guna meta tag ini, maka pakar-pakar telah mengubah program enjin carian mereka supaya tidak lagi bergantung kepada meta tag sebaliknya melihat kepada kandungan post yang sebenar. Meta tag bukan lagi yang utama. Maknanya jangan risau sangatlah kalau anda tidak faham pasal meta tag itu. Kalau sepuluh tahun lepas memanglah meta tag ini kuat kesannya ke atas ranking kita. Sekarang... bye bye gaman. Tetapi... sekiranya si kaki politik tadi meletakkan keyword berhubung dengan politik juga dalam meta tag itu, maka peluang untuk lamannya mendapat ranking yang tinggi pula semakin baik, sebab meta tagnya ada kaitan dengan kandungan sebenar post dia. Boleh faham?
Bah... setakat ini saja dulu cerita kita kali ini ya. Rajin-rajin lah kaji sendiri kalau mahu mendalaminya dengan lebih lanjut. Jumpa lagi.
p/s: Semua tanda "[" dan "]" di atas sebenarnya ialah "<" dan ">". Tetapi ditaip seperti di atas untuk elak konflik tagging. Nda dapat dipost bah kalau tidak diubah.