Showing posts with label Teknik cari pelawat. Show all posts
Showing posts with label Teknik cari pelawat. Show all posts

More about Meta Tags

>> 5.2.09

Hi, it's been quite a while since my last post where I discussed about the importance of adding meta tag code to your site. This time I'm going to share with you severeal types of meta tags and what their functions are.

The following Meta Tags are optional and may not affect your site's ranking (because some search engines do not use them) but they're still useful to include.

Company:
Use this tag to categorise your site by company name
meta name="company" content="syarikat lintang pukang hehe"
This tag helps search engines to identify where the homepage is
meta name="homepage" content=http://duit-maya.blogspot.com

Expires:
To make sure that your page does not have expiry date. If for example an expiry date were set and a search is performed after that date, your page would not appear. So, to disable this expry date just set it to zero
meta http-equiv="expires" content="0"

Distribution:
Use this if the content of your site is for global distribution, i.e., not restricted to your own country or region
meta name="distribution" content="Global"

Rating:
Use this tag to restrict minors from accessing your site. This can be done by
meta name="rating" content="mature". You can also use "General" for all to view your content, or specify by using rating terms such as "16 years old" etc.

Revisit after:
This tag tells the search engine when to revisit your site. This is useful if your site is updated regularly. For example, if you want the search engine to visit your site once a week
meta name="revisit-after" content="7 days"

Robots:
Whether you want your page to be indexed or not, use this tag. The default setting is normally for your page to be indexed. If you want to cancel this
meta name="robots" content="none"

Copyright:
This is to identify the copyright owner of the page
meta name="copyright" content="hakcipta mulau-ulau"

Author:
This tag identifies the author of the page
meta name="author" content="$en$ei"

Once you're done with all these tags, it is adviseable to move all these tags as near as possible to the top of your HTML documents. Why? Because some search engines scan only the first few kilobytes of the HTML documents.

Hope this short article gives you a good idea of the Meta Tags world.

Read more...

Meta Tag

>> 29.12.08

Bertemu lagi.

Kita sudah bincang secara ringkas berkenaan dengan kata kunci. Kali ini saya akan sentuh berkenaan dengan meta tag pula. Sejauh manakah manipulasi ke atas meta tag ini mampu untuk menaikkan ranking kita dalam hasil enjin carian? Selain menggunakan keyword berkali-kali dalam sesuatu artikel, taktik menggunakan meta tag ini juga salah satu kaedah yang saya selalu dengar diperkatakan orang. Jadi saya pun buatlah penyelidikan sedikit mengenai perkara ini.

Baiklah, di mana meta tag itu? Ianya terletak selepas tag title dan tag deskripsi di antara tag [HEAD] dan tag [/HEAD] . Contohnya, [HEAD][TITLE]your DESCRIPTIVE KEYWORDS title goes here[/TITLE][META NAME="DESCRIPTION" CONTENT="Your keyword rich marketing sales-pitch meta description goes here"][META NAME="KEYWORDS" CONTENT="your keywords,go here,separated by a comma,but not a space"][/HEAD]

Amacam? Mudah saja kan? Kalau tak jumpa kenalah scroll page yang penuh dengan kod-kod itu. Kalau tidak pun anda boleh anda cuba skill si Cherry. Menurut Cherry, anda kena cari skrip ini... [b:include data='blog' name='all-head-content'/]. Kemudian selepas skrip itu anda taipkan ini, [meta content='TAIP DESCRIPTION BLOG KO SINI.. TIDAK BULI SAMA DENGAN KEYWORDS' name='description'/][meta content='TAIP KEYWORDS KO SINI TIDAK BULI SAMA DENGAN DESCRIPTION' name='keywords'/][meta content='NAMA KO LA AUTHOR' name='author'/] .

Nah... mungkin anda mula tidak senang dengan kod-kod ini dan segan untuk mengubah-ubahnya, takut spoil pula yang sudah dibuat tu kan. Jadi mungkin anda tidak mahu ikut taktik ini. Hehe, sebenarnya kalau tidak buat pun tidak apa kerana daripada research yang sudah saya buat itu (kunun la), menunjukkan bahawa pengaruh meta tag ke atas ranking sudah tidak begitu berkesan lagi. Kenapa?

Pernahkah anda klik sesuatu link katalah pasal ternakan lintah, sekali klik website pornografi lah pulak! Atau kononnya mahu klik link yang ada pornografi tapi sekali buka pasal politik. Haa... ini lah contohnya kerja spammers. Mereka memanipulasikan meta tag tersebut. Katalah, spammer ini seorang kaki politik. Dan dia mahukan ramai pengunjung ke blognya, jadi dia letakkan banyak keyword berkaitan sex dalam meta tag dia, kerana dia tahu banyak orang yang surf internet cari web pasal sex. Jadi orang-orang ini jadi mangsa si spammer itu tadi. Bila orang itu tadi taip sesuatu yang ada keyword pasal sex dalam enjin carian, hasilnya blog si kaki politik itu akan tersenarai di muka depan. Seterusnya peluang untuk blognya ini diklik agak cerah. Bila orang itu tadi klik, keluar pasal politik. Hehehe...

Nah... memandangkan banyak berlaku salah guna meta tag ini, maka pakar-pakar telah mengubah program enjin carian mereka supaya tidak lagi bergantung kepada meta tag sebaliknya melihat kepada kandungan post yang sebenar. Meta tag bukan lagi yang utama. Maknanya jangan risau sangatlah kalau anda tidak faham pasal meta tag itu. Kalau sepuluh tahun lepas memanglah meta tag ini kuat kesannya ke atas ranking kita. Sekarang... bye bye gaman. Tetapi... sekiranya si kaki politik tadi meletakkan keyword berhubung dengan politik juga dalam meta tag itu, maka peluang untuk lamannya mendapat ranking yang tinggi pula semakin baik, sebab meta tagnya ada kaitan dengan kandungan sebenar post dia. Boleh faham?

Bah... setakat ini saja dulu cerita kita kali ini ya. Rajin-rajin lah kaji sendiri kalau mahu mendalaminya dengan lebih lanjut. Jumpa lagi.

p/s: Semua tanda "[" dan "]" di atas sebenarnya ialah "<" dan ">". Tetapi ditaip seperti di atas untuk elak konflik tagging. Nda dapat dipost bah kalau tidak diubah.








Read more...

Kata Kunci

>> 26.12.08

Hi, jumpa lagi.

Ada pergi beraya Krismas di mana2? Hm, kali ini saya nak sambung cerita kita pasal mendapatkan kedudukan yang baik dalam keputusan enjin carian tu. Saya sudah sentuh mengenai kepentingan membuat penyelidikan untuk menentukan kata kunci yang sesuai untuk sesuatu artikel kita.

Anda boleh lihat sendiri blog ini tersenarai pada tangga ke 3 dalam halaman pertama. Sebabnya ada perkataan duit. Laman lain dalam Bahasa Inggeris dan tiada perkataan duit di dalamnya. Hahaha... masalahnya apakah orang yang hendak mencari maklumat itu akan mencampur aduk keyword dalam berbagai bahasa. Biasanya tidak. Semasa perkataan duit itu tidak dimasukkan dalam enjin carian, peluang blog ini tersenarai di muka depan sangat tipis kerana masih banyak teknik SEO belum diaplikasi. Terdapat beribu-ribu laman yang kandungannya lebih besar dan mengandungi kata kunci ini dengan lebih banyak. (Ini semua tekaan saya saja ok, eksperimen sendiri saja) Jadi laman-laman ini mendapat keutamaan enjin carian. Satu hal lagi blog ini tidak mempunyai pautan (link) dengan laman-laman penting yang berkaitan dengan kata kunci itu tadi. Semakin banyak pautan laman kita dengan laman-laman yang tinggi rankingnya maka peluang blog ini mendapat ranking tinggi juga semakin bertambah baik.

Anda sendiri tahu blog ini baru seminggu wujud, sudah tentu kandungannya belum cukup besar, dan pautan dengan mana-mana laman-laman lain masih sedikit. Contoh pautan yang ada dalam blog ini ialah dengan laman AdikBijak.com. Anda boleh lihat pada bahagian Books For Sale atau Ingin Bisnes Online kemudian klik yang berkenaan. Selain bergantung kepada kata kunci, enjin carian juga sangat terpengaruh dengan pautan-pautan ini. Umpamanya bila kita mencari seseorang yang kita tidak kenal sudah tentu kita hanya menemuinya melalui maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang yang mengenali orang yang kita cari itu. Nah, konsep pautan seperti itu juga lah.

Untuk peringkat awal, satu perkara yang boleh diusahakan ialah dengan pergi ke Blogger Dashboard anda, kemudian klik pada Webmaster Tools dalam bahagian Tools And Resources. Cuba pelajari pasal creating and submitting sitemaps. Ini salah satu cara yang saya jumpa la ni. Anda perlu baca semua tools dalam Google ni kalau mahu guna kekuatan fungsinya. Bah apa lagi, macam saya cakap sebelum ini, baca saja kalau tidak dibuat tidak mendatangkan kesan juga. Saya ulang, kaji Webmaster Tools itu. Saya tunjukkan jalan, anda melaluinya sendiri betul tak. Ok, mungkin ada yang lebih tahu, jadi sudi-sudikanlah kongsi itu ilmu dengan kami yang terkial-kial ini. Kalau silap fahaman saya ini jangan dibiarkan ya. Betulkan.

Setelah saya cuba buat apa yang disarankan oleh Google dalam panduan Webmaster Tools itu, saya pun taip duit maya ke dalam search engine Google. Keputusannya lihat sendiri...


Tertulis Result 1-10 of about 561 000 for duit maya (0.17 seconds). Hmm bukan saja blog ini berada di muka hadapan tetapi berada di tangga pertama.

Persoalan sekarang apakah orang yang ingin mencari maklumat mengenai duit melalui internet ini akan menggunakan duit maya? Hehehe... mungkin juga. Sebab itulah saya pilih nama ini untuk url saya. Memang ada kata kunci yang lebih popular seperti duit online, wang siber dan lain-lain. Tapi menurut kata hati saya, duit maya juga ada peluang tinggi untuk terlintas dalam fikiran orang. Lihat sendiri laman-laman yang berada pada kedudukan seterusnya di atas, semua mengandungi perkataan duit maya itu. Nah, itu baru enjin carian Google. Yahoo, dan MSN lain lagi resultnya. Mau kena bongkar juga ini dua lagi enjincarian. Palan-palan kan. Besok mau cek apakah masi di kedudukan nombor satu ni blog hehe. Atau turun saham.

Ok, setakat ini dahulu. Banyak cakap nanti ajaran sesat. Yang ini pun saya tidak yakin benar tidaknya. Tapi tidak salah mencuba kan? Selamat berblog.

Read more...

Search Engine Optimization

>> 25.12.08

SEO stands for Search Engine Optimization, which is to optimise a website or blog to a search engine so that this website or blog manage to get a high ranking in the search engine result. In my opinion, high ranking here means the first top ten result.

In my previous post, I mentioned that the internet is accessed mainly because people want information. Everytime they search for an info, they type a word or a sentence in the search engine box. The word or sentence typed in the search engine box is what we call keyword. If our article contains many words or sentences that resemble this keyword, the possibility of our site to get good ranking is higher.

Ok, how do we know what is the right keyword to use? Do we need the ability to read other people's mind? Hehe, we don't need such power. You're reading this because you can't read mind. Can you?

Fortunately there are many websites available, for us to get this info. These websites tell us what keyword is frequently used in the search engine box. Some websites are free and of course many are not. If you wanna find out how frequent is your choice of keyword used in the search engine box, I suggest you to visit http://tools.seobook.com/. It's free.

Once you know which keyword is frequently used, your next step is to use this keyword as many as possible in your article. For example, you may use it as the title of your article, put it in the tag, meta tag, link etc. This is only one of several SEO techniques. Other techniques such as tagging, linking, etc, will be shared later.

Let me caution you though, some of you may already get the idea of putting your keywords all over the place and then hiding them by using the same colour for this keyword with the colour of the site's background. Do that and you'll find that your site will be banned. Hehehe. This is called Black Hat SEO.

That's it for this time. Experiment with it. No guarantee ok. At least that's one way. We need to use several techniques to get good result. Takes time. Seeee yaaa... (^_*)

Read more...

Lawati blog orang lain

>> 21.12.08

Salam semua.

Dalam post sebelum ini saya menekankan bertapa pentingnya mengekalkan tema penulisan kita. Sentiasalah ingat kisah pemandu yang akhirnya membeli CD lagu dalam post Your Favourite Song sebagai teladan. Kali ini saya akan kongsi satu lagi teknik untuk mendapatkan pelawat ke blog anda.

Misalnya jika anda ingin diri anda kelihatan lebih menarik, langsing, awet muda dan segala yang berkaitan dengan kecantikan, mungkin anda akan menaipkan perkataan-perkataan seperti "produk kecantikan","teknik langsingkan badan", "petua awet muda" dan sebagainya ke dalam kotak carian. Setelah anda tekan butang search anda akan mendapat satu senarai laman-laman atau blog-blog yang berkaitan dengan maklumat yang anda cari.

Senang cerita beginilah, kalau saya taipkan "duit maya" ke dalam enjin carian Yahoo, saya akan nampak paparan seperti berikut:

Dalam paparan di atas, enjin carian Yahoo memberikan output sebanyak 160 000 tapak (site). Dan muka surat pertama hasil carian hanya menunjukkan 10 tapak sahaja. Tapak pertama dalam paparan ini ialah entayang.blogspot.com. Di mana kedudukan blog duit-maya ini? Saya jawab begini sajalah, kalau diperiksa sehingga muka surat ke 10 pun, blog ini belum masuk senarai? Pertanyaan saya, apakah akan anda melayari semua output carian sehingga sebanyak atau sejauh itu? Saya meraguinya jika anda katakan ya. Dan jangan lupa, tidak semestinya orang yang ingin mencari maklumat mengenai teknik mencari duit secara online itu akan menaip perkataan duit maya. Mungkin mereka akan menaip perkataan seperi "duit menerusi blog" dan macam-macam lagi. Anda sendiri boleh memikirkan satu contoh perkataan itu. Di sini saya memang mahu tunjukkan kepada anda bertapa susahnya mendapat ranking dalam output enjin carian walhal saya sudah menggunakan perkataan duit maya dengan sengaja. Ingat awal-awal lagi saya sudah katakan bukan mudah. Kena berusaha.

Salah satu sebab utama kenapa blog ini tidak tersenarai ialah kerana semasa artikel ini ditulis blog ini baru berusia 4-5 hari, umpama bayi yang baru lahir. Dan post ini pun baru yang keempat. Pelawat pun belum cukup ramai. Jadi sama-sama kita lihat apakah akan berlaku jika saya aplikasikan semua tips-tips yang saya baca dari buku-buku ke dalam blog ini. Maknanya anda berpeluang untuk belajar bersama saya secara praktikal, dengan bukti sahih di depan mata. Anda hanya perlu mengikuti sejarah blog ini seterusnya. :)

Bayi yang baru lahir tidak keluar rumah sebab belum pandai berjalan. Bila sudah dewasa dan banyak melawat tempat orang maka dia akan ada ramai kenalan di serata tempat. Maknanya dia mempunyai rangkaian teman yang luas. Begitu juga dengan blog, kita perlu aktif mencari kenalan dan pembaca. Perlu aktif! Jangan duduk tunggu pembaca datang. Sekali lagi, promosikan blog anda. Salah satu cara yang saya buat ialah dengan register di www.mybloglog.com. Di sini saya melihat profile orang-orang yang telah mendaftar. Baca blog mereka dan tinggalkan komen ikhlas. Lawatilah blog-blog yang ada widget recent reader pada blog mereka. Akibatnya peluang anda akan dilawati lebih cerah sebab gambar anda akan dimasukkan ke dalam widget itu walaupun anda sudah meninggalkan blog tersebut. Seterusnya pemilik blog berkenaan ingin tahu siapa anda sebenarnya. Begitu juga dengan pembaca-pembaca lain blog itu. Jadi letakkan gambar anda yang menarik supaya mendapat klik berharga. Ada sesetengah orang yang tidak sabar, meletakkan gambar yang tidak senonoh untuk menarik perhatian. Saya tidak suka cara ini dan tidak mencadangkan anda berbuat demikian.

Ok, itu dahulu tips kali ini, Dalam post seterusnya saya akan kongsi lagi teknik yang lain untuk mendapat pelawat dan meningkatkan kedudukan blog anda dalam senarai enjin carian. Sabar menanti. Sebelum saya berhenti, sekali lagi saya ulang, bertindak aktif mencari pembaca blog anda. Jangan malu, the intention is to generate virtual money thru blogging!!!. Bila pembaca dah ramai, peluang tersenarai awal dalam enjin carian semakin baik. Makin ramai pelawat makin cerah mendapat pelanggan.

Sekian, jumpa lagi.

Read more...

Your Favourite Songs

>> 18.12.08

Driving down the freeway, you switch on your favourite radio station and hear a song for the first time. You like it but do not remember it.
Hm, artikel ini ditulis oleh HARRY BECKWITH dalam sebuah buku berjudul Selling The Invisible.

Walaupun artikel ini tidak menyentung secara langsung mengenai internet marketing, namun pada pendapat saya kandungan artikel ini sangat baik dan sesuai digunakan untuk menekankan satu perkara yang perlu anda lakukan dalam usaha anda mempromosikan laman atau blog anda.

Perkara apa?

Salah satu perkara perlu diamalkan untuk mendapatkan pelawat yang setia ke blog anda ialah dengan menulis artikel yang sentiasa sama temanya. Kalau anda menulis mengenai resepi masakan maka kekalkan post anda dengan resepi-resepi masakan. Jangan pula sekejap resepi, lusa sukan, tulat politik, lepas tu fesyen dan entah apa-apa dan semuanya dalam satu blog kononnya untuk menjana wang. Mungkin tidak akan berjaya.

Jika demikian maka blog anda tidak akan dapat pelawat unik (unique visitors). Mereka yang melawati blog anda juga tidak dapat mangaitkan anda dengan sesuatu bidang yang jelas. Ini tidak membantu anda dari segi kempen mulut ke mulut.

Istilah kempen mulut ke mulut ni saya reka-reka saja. Maksud saya ialah seseorang pembaca blog yang suda lama mengikuti perkembangan blog anda mungkin akan menceritakan kepada rakan-rakan lain mengenai kandungan blog anda. Mungkin saja anda dianggap pakar memasak kerana sentiasa menulis pasal memasak. Itulah kelebihannya. Pembaca blog ini akan mungkin akan mencadangkan kepada kawannya yang bertanya tentang masakan supaya melawat blog anda. Fenomena begini sentiasa ada saja kemungkinannya. Nah, mungkinkah blog anda akan terlintas dalam fikiran mereka jika anda sentiasa mengubah-ubah topik dalam setiap post anda? Jawab sendiri la kan.

Usahakan supaya kandungan artikel-artikel yang anda post ke blog anda itu sentiasa menyentuh bidang yang sama.

Kalau mahu cerita benda lain, maka buat lagi blog lain dan cerita benda yang sama sahaja dalam blog itu pula.

Oh... jangan lupa, kitakan sebenarnya sedang membincangkan salah satu ciri yang perlu ada pada blog yang dibangunkan untuk mendapatkan duit maya itu. Kalau blog yang tiada tujuan begitu, maka tiada masalah ceritanya berubah-ubah. Saya sendiri ada blog yang bermacam-macam topik di dalamnya. Tiada niat saya sindir sesiapa.

OK, setakat ini sajalah dulu tips yang dapat saya kongsikan dengan anda. Bak kata pepatah "Sedikit sedikit lama lama jadi bukit". Saya pun sedang belajar juga ini. Sejauh mana kebenarannya kita kena buktikan sendiri. Kalau hanya membaca saja tidak dibuat tiada hasilnya. Bisa saja kita sebaliknya cakap begini, "sedikit sedikit lama lama habis!" Pilihan dari anda sendiri. :-).

Salam, dan jumpa lagi.

Read more...

Cabaran buat duit online

>> 17.12.08

Apa kabar semua? Semoga sihat sejahtera.

Betul ka boleh menjana wang secara online terutamanya dari aktiviti blogging ni? Jawapannya boleh! Tapi jangan salah faham, memulakannya pun tidak mudah. Banyak syarat-syarat perlu dipenuhi, dan bukan semua jenis web dan blog boleh berjaya. Kajian menunjukkan ramai yang kecundang hehe.

Huh... bunyinya mudah tapi bukan senang sebenarnya. Sebelum memulakannya anda perlu ada produk, perlu ada website untuk mengiklankan produk, mendaftar akaun bank secara online kepada syarikat yang menguruskan transaksi wang, dan yang paling penting ada orang buka website kita. Dalam kata lain, ORANG TAHU WEBSITE KITA WUJUD.

Mungkin semangat anda sudah mulai merosot sedikit. Kenapa saya meneka demikian? Kebanyakan kita sebenarnya tidak mempunyai produk yang jelas untuk dijual, kemudian tidak tahu membina laman web. Jangan susah tentang membina laman web, kita boleh upah. Tapi apa produk anda? Jual benda-benda seperti ikan dan sayur mayur sudah pasti tidak sesuai.

Katalah anda memang mempunyai produk dan telah mempunyai laman web, apa lagi masalahnya? Promosikan laman web anda! Jika tidak, tiada siapa akan melayarinya kecuali anda seorang kerana hanya anda yang tahu laman web ini wujud. Maknanya kita harus mendapatkan seberapa banyak pelawat ke laman web kita dan menukarkan sebahagian pelawat ini kepada pelanggan. Untuk melaksanakan konsep pelawat menjadi pelanggan ini, ada beberapa teknik perlu anda ketahui.

Aktiviti blogging nampaknya semakin popular sekarang ini. Sehinggakan ada yang berjaya menggunakan blog sebagai saluran untuk mendapatkan wang samada secara sambilan sahaja atau sepenuh masa. Misalnya ada beberapa blog yang saya temui meletakkan gambar-gambar produk berserta harga dan kemudian cara untuk menghubungi blogger sekiranya ingin membuat tempahan. Lazimnya blogger meninggalkan nombor telefon dan e-mail mereka. Kaedah ini nampaknya lebih mensasarkan kepada pelanggan yang berada pada kawasan geografi yang kecil sahaja. Saya tidak akan membincang cara ini.

Secara kasar, idea setakat ini ialah seperti berikut:

(PRODUK)>(WEBSITE/BLOG)>(PELAWAT)>(PELANGGAN)

Dalam aliran di atas, bahagian yang kritikal ialah mendapatkan pelawat dan menukarkannya kepada pelanggan. Tidak kesahlah anda menggunakan laman web atau blog sama sahaja masalahnya. Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan pelawat yang ramai? Bagaimana menukarkan pelawat ini kepada pelanggan? Bagaimana jika saya tidak mempunyai produk untuk dijual? Kita sambung dalam post selepas ini. Terima kasih meluangkan masa membaca dan jika anda ada pandangan yang dapat membantu, harap anda dapat berkongsi dengan saya dan pembaca blog ini.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP